Inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) – GrowBiz
Program GrowBiz
Program GrowBiz merupakan satu inisiatif di bawah Program Pembangunan Perniagaan Usahawan Mikro (BizME) oleh SME Corp. Malaysia yang menyasarkan secara khusus untuk meningkatkan pengetahuan dan membimbing perusahaan mikro bagi menaiktaraf perniagaan mereka menjadi perusahaan bersaiz kecil. GrowBiz akan dikendalikan oleh Rakan Pelaksana berkelayakan yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia dengan pengalaman yang luas dalam transformasi perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
GrowBiz menggunakan pendekatan hand-holding bermodul yang berstruktur merangkumi elemen bimbingan perniagaan dan latihan, penarafan perniagaan dan pensijilan, serta pemantauan perniagaan untuk membimbing perusahaan mikro mentransformasi perniagaan mereka ke tahap seterusnya.
SME Corp. Malaysia membiayai 90% daripada kos pakej program untuk semua peserta GrowBiz. Perusahaan mikro yang menyertai hanya perlu membayar baki 10% sebagai yuran penyertaan bersama dengan caj RM100 bagi pendaftaran Status PMKS.
Rakan Pelaksana Semenanjung Malaysia: AverNoble Sdn Bhd
Tarikh Akhir Permohonan: 31 Mei 2024
Siapa untuk dihubungi?
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Program GrowBiz 2024, sila hubungi Rakan Pelaksana (RP) Semenanjung Malaysia yang dilantik oleh SME Corp. Malaysia seperti berikut:
AverNoble Sdn. Bhd.
Cik Nur Amirah Binti Mansor, Pengurus Program
Tel. : 012-918 2750 / 03-8604 8655
Emel: [email protected]
Maklumat lanjut Program Growbiz 2024: https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/programmes1/2015-12-21-09-53-14…