Rosen Group, AverNoble jalin kerjasama tingkatkan kecekapan bakat tempatan dalam sektor minyak, gas dan hidrogen

Rosen Group, AverNoble jalin kerjasama tingkatkan kecekapan bakat tempatan dalam sektor minyak, gas dan hidrogen
11
Oct 2024
Share

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR [email protected]
Source from DagangNews.com

Rosen Group memeterai perjanjian kerjasama dengan AverNoble bagi meningkatkan kecekapan bakat tempatan dalam sektor minyak, gas dan hidrogen (OGH).

Kerjasama itu bertujuan untuk meningkatkan kecekapan industri OGH dengan menawarkan program integriti komprehensif yang disesuaikan khusus untuk menangani keperluan unik masyarakat setempat.

Menerusi kerjasama itu, The Competence Club akan mentakrifkan semula landskap kecekapan Malaysia dengan membawa pengetahuan bertaraf dunia dan amalan terbaik dalam integriti.

Pensijilan kecekapan penting bagi profesional dalam sektor ini, sering gagal merangkumi trend dan teknologi industri terkini, menyebabkan tenaga kerja tempatan tidak lengkap untuk menangani cabaran moden.

Ketua Perkhidmatan Pendidikan Global Rosen, Michelle Unger berkata, matlamat kerjasama itu adalah bagi merapatkan jurang antara pengetahuan global dan keperluan tempatan di Malaysia.

Menerusi kerjasama dengan AverNoble, pihaknya boleh menawarkan program integriti khusus yang memenuhi keperluan terus komuniti O&G.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AverNoble, Anusia Ramasamy berkata, The Competence Club adalah portal yang hebat dan asas komitmen mereka terhadap pendidikan dan perkongsian pengetahuan.

"Kami teruja untuk meluaskan dan memperkenalkan kandungan termaju seperti siri hidrogen, membolehkan rakyat Malaysia mencapai kecemerlangan dalam landskap industri yang sedang berkembang.

"Kerjasama ini ditetapkan untuk memperkasakan rakyat Malaysia dengan platform global untuk interaksi dengan pakar subjek dan akses mudah kepada pelbagai pengetahuan, semuanya di hujung jari mereka.

"Kami berharap dapat memberikan impak yang berkekalan pada landskap kecekapan," katanya. - DagangNews.com

For More Information

aver-icon.png
Get in Touch!
Email :
[email protected]
Phone :
+603 8604 8655
male-deco.png

What’s new at AverNoble 

Get the latest news about professional development and business consultancy

CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.